Kaitan sejarah Jewel in the Palace

Dae Jang-Geum adalah seorang wanita yang pernah wujud dan kisahnya tercatat dalam Babad Dinasti Joseon, serta dalam dokumen perubatan pada masa itu. Namun catatan dan rujukan mengenai Jang Geum adalah sedikit dan selalunya singkat. Terdapat dua pendapat mengenai Jang Geum. Ada yang percaya bahawa Jang Geum memang sebenarnya wanita perubatan pertama kepada raja. Pendapat yang lain menyatakan yang Jang Geum hanya watak rekaan berdasarkan beberapa rujukan mengenai wanita perubatan yang terdapat di babad tersebut.